"Macam mana tu?"
Senang saja. Sebelum cuci muka dengan sebarang produk pembersih muka kegemaran anda, basahkan muka anda dengan air suam. Jangan terlalu panas pulak. Nanti melecur jangan salahkan saya! Hehe.
Gunakan air suam-suam kuku untuk membersihkan wajah terlebih dahulu. Kalau tak ada air panas di dalam bilik air, bawa air dari dapur sendiri (Ingat, beauty is a habit and habit comes from practice). Okey, selepas dan sapu muka dengan air suam, cuci muka dengan produk pembersih anda dan biarkan sekurang-kurangnya dua minit (rutin harian menjaga muka akan diterangkan di post yang lain ye...).
Selepas itu, gunakan air sejuk ( jangan terlampau pulak) untuk membersihkan sisa-sisa sabun muka yang masih ada. Bagi saya, susah nak bawak masuk air sejuk (air paip adalah kan?) ke dalam bilik air..(banyak sangat air nak bawak kan kan?) Hahaha. Jadi apa yang saya buat ialah (masa malas) cuci muka pakai air paip (atau semasa mandi). Kemudian, selepas keluar dari bilik air, ambil air sejuk dari peti sejuk (campur air biasa supaya tak terlalu sejuk) dan cuci muka sekali lagi sekadar membasahkan muka di sinki.
Hmm, awat gigih sangat ni? SEBABNYA.. menggunakan dua jenis air ini sebenarnya sama hebatnya dengan memakai produk-produk di pasaran tu untuk mencantikkan kulit anda. Apabila menggunakan air suam pada mulanya, anda membuang minyak muka dan dan kotoran di muka DAN membuka liang-liang muka. Jadi, apabila anda menggunakan pembersih muka tuh...minyak-minyak dan kotoran-kotoran (black heads, white heads) dapat dibuang dan dibersihkan dengan lebih berkesan lagi.
Akhir sekali, bila anda mencuci muka anda dengan air sejuk, anda menyegarkan kulit anda seperti memakai toner dan mengetatkan kembali pori-pori muka anda tadi. :)
PERNAH TAK KORANG BACA TIPS YANG DIBERI MACAM NI?
(saya taip sendiri di atas tu ye..)
ITU SEMUA TIPUUUUUUUUUUUUUUUUUU BELAKA!
Pori-pori muka tidak "tutup" atau "terbuka" kerana mereka tiada otot yang boleh mengembang atau menguncup.Pori-pori atau liang-liang ini nampak terbuka bila tersumbat dengan kulit-kulit mati dan minyak muka yang mengeras menjadi whiteheads dan blackheads. Maka, perbuatan mencuci muka dengan air suam dan sejuk adalah sia-sia JIKA bertujuan untuk menutup dan mengetatkan pori-pori.
Namun begitu, jangan sedih bagi adik-adik, akak-akak atau abang-abang yang sudah biasa mencuci dengan air suam atau sejuk. Ini kerana, mencuci dengan air suam dapat melembutkan minyak dan sel kulit mati yang mengeras di dalam pori-pori dan menyenangkan proses extraction semasa facial atau semasa membersihkan muka.
Selain itu, untuk membuat pori-pori nampak mengecil, rajin-rajinlah mencuci muka (tapi jangan berlebihkan sangat. Sekadar 2 kali sehari jika kulit berminyak dan 1 kali bagi kulit kering). Perbuatan exfoliation juga dapat membersihkan pori-pori dan membuatkannya nampak mengecil.