Wednesday, April 24, 2013

TIPS # 2: CUCI MUKA dengan dua jenis air??? PERLU KE TAK?

YUP. Ini tips yang kalau dapat diikut akan memberikan hasil yang gempak! Serious, wa tarak tipu punya!!

"Macam mana tu?"

Senang saja. Sebelum cuci muka dengan sebarang produk pembersih muka kegemaran anda, basahkan muka anda dengan air suam. Jangan terlalu panas pulak. Nanti melecur jangan salahkan saya! Hehe.

Gunakan air suam-suam kuku untuk membersihkan wajah terlebih dahulu. Kalau tak ada air panas di dalam bilik air, bawa air dari dapur sendiri (Ingat, beauty is a habit and habit comes from practice). Okey, selepas dan sapu muka dengan air suam, cuci muka dengan produk pembersih anda dan biarkan sekurang-kurangnya dua minit (rutin harian menjaga muka akan diterangkan di post yang lain ye...).

Selepas itu, gunakan air sejuk ( jangan terlampau pulak) untuk membersihkan sisa-sisa sabun muka yang masih ada. Bagi saya, susah nak bawak masuk air sejuk (air paip adalah kan?) ke dalam bilik air..(banyak sangat air nak bawak kan kan?) Hahaha. Jadi apa yang saya buat ialah (masa malas) cuci muka pakai air paip (atau semasa mandi). Kemudian, selepas  keluar dari bilik air, ambil air sejuk dari peti sejuk (campur air biasa supaya tak terlalu sejuk) dan cuci muka sekali lagi sekadar membasahkan muka di sinki.

Hmm, awat gigih sangat ni? SEBABNYA..  menggunakan dua jenis air ini sebenarnya sama hebatnya dengan memakai produk-produk di pasaran tu untuk mencantikkan kulit anda. Apabila menggunakan air suam pada mulanya, anda membuang minyak muka dan dan kotoran di muka DAN membuka liang-liang muka. Jadi, apabila anda menggunakan pembersih muka tuh...minyak-minyak dan kotoran-kotoran (black heads, white heads) dapat dibuang dan dibersihkan dengan lebih berkesan lagi.

Akhir sekali, bila anda mencuci muka anda dengan air sejuk, anda menyegarkan kulit anda seperti memakai toner dan mengetatkan kembali pori-pori muka anda tadi. :)

PERNAH TAK KORANG BACA TIPS YANG DIBERI MACAM NI? 
(saya taip sendiri  di atas tu ye..)
ITU SEMUA TIPUUUUUUUUUUUUUUUUUU BELAKA!

Pori-pori muka tidak "tutup" atau "terbuka" kerana mereka tiada otot yang boleh mengembang atau menguncup.Pori-pori atau liang-liang ini nampak terbuka bila tersumbat dengan kulit-kulit mati dan minyak muka yang mengeras menjadi whiteheads dan blackheads. Maka, perbuatan mencuci muka dengan air suam dan sejuk adalah sia-sia JIKA bertujuan untuk menutup dan mengetatkan pori-pori.

Namun begitu, jangan sedih bagi adik-adik, akak-akak atau abang-abang yang sudah biasa mencuci dengan air suam atau sejuk. Ini kerana, mencuci dengan air suam dapat melembutkan minyak dan sel kulit mati yang mengeras di dalam pori-pori dan menyenangkan proses extraction semasa facial atau semasa membersihkan muka.

Selain itu, untuk membuat pori-pori nampak mengecil, rajin-rajinlah mencuci muka (tapi jangan berlebihkan sangat. Sekadar 2 kali sehari jika kulit berminyak dan 1 kali bagi kulit kering). Perbuatan exfoliation juga dapat membersihkan pori-pori dan  membuatkannya nampak mengecil.

Sunday, April 21, 2013

Tips #1: AMARAN! Jangan sentuh muka anda.


tip #1: Tak kira betapa cantik dan kacak kamu itu, jangan selalu menyentuh muka dengan tangan anda TERUTAMANYA bila kulit anda sedang berjerawat.

Jangan (sounds harsh pulak) atau kurangkan menyentuh muka anda kecuali kamu jenis yang sentiasa cuci tangan setiap kali sentuh keyboard komputer, telefon bimbit dan sebagainya.

Kajian telah menunjukkan secara purata, kita cenderung menyentuh muka sekurang-kurangnya tiga kali setiap jam dan setiap kali itulah secara tidak langsung kita memindahkan kotoran, bakteria ataupun virus ke muka kita.

Perbuatan menyapu muka, menguak atau menyapu helaian rambut di dahi juga menyumbah kepada kekotoran di muka (ini saya selalu buat sendiri).

Apabila kulit muka bersentuhan dengan kotoran di tangan (terutamanya tapak tangan), jangkitan bakteria terutamanya di kawasan-kawasan luka, bekas cukur (macam saya yang selalu shave) akan menyebabkan jerawat ataupun acne yang serious.

Jadi, penyelesaiannya senang sahaja. Kurangkan menyentuh muka anda (practice makes perfect, kan?); ataupun cuba menggunakan bahagian belakang tangan (yang sememangnya kurang kotor daripada tapak tangan) untuk menyapu muka atau menguak rambut anda itu.

Persoalan yang paling penting, MACAMMANA nak buang tabitat sentuh muka? Susah kan kalu dah jadi amalan dan tabiat. Hmm..Cuba cara ni (mana-mana yang sesuai).

1. Rekod video perbuatan dan tingkah laku anda sekurang-kurangnya dalam masa sejam (lagi lama lagi baik, tapi tak larat tengok la kan..). Cuba kenalpasti faktor pencetus tabiat anda. Sesetengah orang, suka pegang hidung (sebab terasa hidung berminyak), pegang muka semasa baca buku (especially buku rujukan, saya dulu suka sentuh muka picit jerawat semasa baca buku Sejarah) atau lain2 lagi. Kenalpasti kenapa anda sentuh muka. kalau bangs atau juntaian rambut menjadi penyebabnya, pin kan atau sepit rambut anda (saya pakai topi).

2. Minta kawan-kawan, saudara atau suami/isteri menegur anda bila anda asyik sentuh muka (orang2 yang dekat dengan anda.

3. Susah-susah sangat, duduk atas tangan anda ataupun gengggam tangan anda. Mungkin ini dapat bantu anda daripada cuba sentuh muka.

4. Sentuh pakai belakang tangan. Bahagian belakang tangan sememangnya kurang kotor berbanding tapak tangan. So, practice pakai belakang tangan untuk elakkan menggunakan tapak tangan kalau tak dapat juga halang diri anda untuk sentuh muka anda yang handsome dan cantik jelita tu (pun intended).

5. Kalau rajin atau mampu, pakai germs disinfectant sebelum sentuh muka anda tu.

Bagi saya, penjagaan muka ini tidak semestinya bermula dengan produk yang hebat sahaja, tetapi tabiat yang sihat. Nah, inikan tips yang tidak memerlukan sesen pun anda keluar belanja..Cubalah ya :)

      



ABOUT WIRA


Selepas mendapat banyak pertanyaan daripada kawan-kawan dan pelanggan, saya akan cuba untuk berkongsi tips-tips menjaga kulit muka yang SAYA amalkan.. anda boleh cuba, mana tahu sesuai dan serasi untuk anda. 

Diri saya

Sedikit latar belakang saya. Saya lelaki dan bukan wanita (duh!). Saya tidak menyerupai wanita dan tidak pula berkeinginan menjadi seperti mereka. Cuma, pada hemat saya, kulit yang bersih itu mencerminkan peribadi pemiliknya. Seperti bahasa mencerminkan diri kita, begitu jugalah kulit dan muka.

Sejak di bangku sekolah menengah lagi, bila akil baligh bermula saya sedar yang kulit muka saya tidak lagi seperti biasa. Dilahirkan dalam keluar sederhana, bapa sentiasa menjadi inspirasi saya dalam penjagaan diri. 

"Wira, muka tu cuci bersih-bersih sikit. Gigi tu gosok selalu..jangan biar sampai kuning!" pesan ayah tak henti walaupun usia saya dah menginjak 20-an ketika itu. 

Tak, jangan salah sangka...saya jaga muka dan gigi. But for my dad, my siblings and I will forever be his lil' children.

Jadi, penjagaan diri merupakan antara perkara utama yang saya titikberatkan dalam kehidupan sehari-hari. 

Setiap daripada kita dilahirkan dengan kulit yang gebu, halus dan lembut. Lepas tu, selepas baligh, sesetengah daripada kita mula ada masalah dengan kulit mereka. Biasalah, hormon remaja..Tapi selepas itu, apa yang kita lakukan untuk merawatnya mencerminkan siapa kita sebenarnya.

Tuhan itu cantik, dan DIA sukakan kecantikan. 

Asalkan kecantikan itu bukan dengan niat riak bangga, apalah salahnya, kan.

Idea

Idea menulis tentang tips-tips ini datang apabila saya hendak update post di Facebook saya, WIRA NAGA. Semasa tengah menaip tu, saya terfikir, baik update secara detail di blog saya (klik di sini untuk lompat ke sana). Entah bagaimana, hati saya terdetik untuk membuka blog khusus untuk berkongsi tips dan pengalaman saya. Dengan takdir tuhan, makan blog wirabeautytips ini dibuka.

Insya-Allah di sini saya akan cuba kongsikan tips untuk menjaga dan merawat muka anda supaya segar, cantik, cerah dan bermaya (Chewwaaah!)

Disclaimer: I don't have the most perfect skin; nor that i'm an expert. I do sometimes have zits and acne. My intention is just to share and share ONLY.